Pages

Oct 15, 2012

Tanda Allah Sang Pada Hambanya


Di malam yg hening sambil menikmati deruan hujan.. hatiku mula bertanya akan dugaan yang tlah diberikan kepada ku selama ini...Ujian demi ujian tlah ku tempuhi..mahupun yang kecil ataupun yang besar... Ujian adalah guru yang tidak bercakap.. tetapi ia mengajar dan mendidik kita supaya lebih taat kepada-NYA.. Kadang-kadang, bertapa jahilnya kita, apabila ditimpa ujian, kita mula melatah dan menyatakan yang Allah tidak adil dengan kita..padahal ujian yang diberikan kepada kita itu mahupun ujian yang kecil dan apalagi yang terbesar adalah takdir Allah... Ujian yang mempunyai maksud tertentu yang tidak kita ketahuinya...
Mengapa kita perlu merungut dengan apa yang tlah terjadi.. sebaik-baik nya..kita sebagai kalifah di atas dunia ini haruslah menadahkan tangan dan berdoa kepada NYA agar diberikan yang terbaik...
Tanpa kita sedar, sebenarnya ujian yang diberikan adalah bertujuan untuk melatih diri kita untuk mendapatkan sifat-sifat terpuji, sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanyalah nikmat sementara dan sebagainya...berasa diri sebagai hamba yang berdosa juga adalah salah satu sifat yang terpuji.. ini adalah kerana ujian yang didatangkan adalah untuk kita sentiasa ingat akan Allah swt sentiasa berada disamping kita..dan segera bertaubat kpd Allah swt...

“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )


ULASAN AYAT : 
  • Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, ALLAH uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. ALLAH menguji seseorang itu kerana mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

  • Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada ALLAH kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

  • ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

  • Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada ALLAH, DIA tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada ALLAH. Selalu diingatkan yang ALLAH tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, ALLAH itu Maha Mendengar.

  • Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah zahirkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

  • Kita juga perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian, tanda ALLAH sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan ALLAH. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!. 

wasalam....
semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua..

info ini dipetik daripada









Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...