Jul 28, 2012
Menu Berbuka Puasa Hari Ini ( 7 Ramadhan 1433 hijrah)
Jul 26, 2012
Puding Pelangi ( 6 Ramadhan 1433 hijrah)
Jul 25, 2012
Jul 21, 2012
Salam Ramadhan Al-Mubarak..
1 . Keutamaan sahur dan mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar
2 . Segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka
3 . Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka .
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
5. Bermurah hati dan banyak menderma .
6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran .
7. Memberi makan untuk berbuka puasa .
8. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
9. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Jul 11, 2012
Tart Nenas kesukaan ramai...
Di hari Sukan Farisha
Kecewa Kerana Cinta??
5 Tips Untuk Yang Kecewa
1. Ingat Allah masih ada untuk kita
Bila kita ditinggalkan, usahla merasa dunia ini berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yg kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.
Perbanykkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah sekuatnya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran.InsyAllah hati akan jadi lebih tenang.
2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari
Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, memasak, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.
3. Menulis Blog
Menulis blog kini sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan belia dan penggemar internet. Ramai di antara penulis blog yang lebih telus ketika menulis entri di blog mereka. Mungkin juga kebanyakan penulis blog yang lebih suka untuk merahsiakan identiti diri yang menjadi faktor utama untuk menjadi lebih ‘transparent’ semasa menulis. Cara ini sangat berkesan untuk kita meluahkan perasaan kita kepada orang lain secara tidak langsung. Mungkin sesetengah orang berasa malu atau lebih suka untuk memendam rasa daripada bercerita pada rakan terdekat mereka. Jika perasaan itu ada, menulis blog adalah cara yang paling baik untuk anda mengurangkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Percayalah..perasaan akan menjadi lega bila kita meluahkan apa yang di rasa.
4. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia
Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.
5. Berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina
Cara ini mungkin agak negative bagi sesetengah orang, tapi secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk tidak terus mengingati si dia yang telah mengecewakan kita. Siapa tahu jika ada antara mereka itu jodoh yang dijanjikan Allah. Namun, haruslah menjaga batasan hubungan yer.