Pages

Oct 15, 2012

Tanda Allah Sang Pada Hambanya


Di malam yg hening sambil menikmati deruan hujan.. hatiku mula bertanya akan dugaan yang tlah diberikan kepada ku selama ini...Ujian demi ujian tlah ku tempuhi..mahupun yang kecil ataupun yang besar... Ujian adalah guru yang tidak bercakap.. tetapi ia mengajar dan mendidik kita supaya lebih taat kepada-NYA.. Kadang-kadang, bertapa jahilnya kita, apabila ditimpa ujian, kita mula melatah dan menyatakan yang Allah tidak adil dengan kita..padahal ujian yang diberikan kepada kita itu mahupun ujian yang kecil dan apalagi yang terbesar adalah takdir Allah... Ujian yang mempunyai maksud tertentu yang tidak kita ketahuinya...
Mengapa kita perlu merungut dengan apa yang tlah terjadi.. sebaik-baik nya..kita sebagai kalifah di atas dunia ini haruslah menadahkan tangan dan berdoa kepada NYA agar diberikan yang terbaik...
Tanpa kita sedar, sebenarnya ujian yang diberikan adalah bertujuan untuk melatih diri kita untuk mendapatkan sifat-sifat terpuji, sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanyalah nikmat sementara dan sebagainya...berasa diri sebagai hamba yang berdosa juga adalah salah satu sifat yang terpuji.. ini adalah kerana ujian yang didatangkan adalah untuk kita sentiasa ingat akan Allah swt sentiasa berada disamping kita..dan segera bertaubat kpd Allah swt...

“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )


ULASAN AYAT : 
  • Setiap manusia yang ALLAH cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, ALLAH uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. ALLAH menguji seseorang itu kerana mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

  • Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada ALLAH kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

  • ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH  mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

  • Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada ALLAH, DIA tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada ALLAH. Selalu diingatkan yang ALLAH tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, ALLAH itu Maha Mendengar.

  • Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah zahirkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

  • Kita juga perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian, tanda ALLAH sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan ALLAH. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!. 

wasalam....
semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua..

info ini dipetik daripada









Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Oct 14, 2012

Cara Penyimpanan Ubat

Apa kabar..lama sudah nadia tak hapdet blog nie… ermmm lame ke??? Hehehe.. rasenyerr bru cm beberapa jam tadi ada tulis sumthing…hehehehe..
Hari nie nadia ada sumthing nak share dengan korang.. mungkin bagi u all da “lapuk” tapi aku xkira nak gak tulis…hahahaha.. anyway kat sini nadia nak share cara nak simpan ubat dengan betul… tau tak??mesti tak tau kan…?? Hurmmm da tau da….hehe.. mesti selama ini ubat-ubat tu u all letak je kat mana-mana kan..letak atas meja la.. atas almari la..asalkan aku tau nak cari kat mana…hummm..sape2 yang berperangai macam tu..sila la jauhi yerr….

Ok sebelum ilmu yang nadia tahu nie telan dek zaman yang terlalu moden nie..lebih baik nadia share kat blog nadia…at least kita tahu dan sentiasa akan beringat… Ubat nie memang penting untuk sape2 yang GEMAR sangat makan ubt..hehe..(gurau jer).. dan apa yang paling penting juga adalah cara penyimpanan ubat itu sendiri…

Penyimpanan ubat adalah penting untuk :
1. Memudahkan mencari ubat jika dalam kecemasan atau boleh juga memudahkan kita ingat untuk mengambil ubat pada waktu yg betul
2. Penyimpanan ubat pada tempat yang betul juga boleh mengelakkan ubat cepat rosak
3. Meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak dan di tempat tinggi penting untuk mengelakkan anak kita termakan ubat yang boleh membahayakan
4. Mengelakkan kekeliruan untuk mengambil ubat apabila ubat diletakkan berselerak dan bercampur aduk

Sila lihat gambar dibawah yerr...







jadi mari lah kita memastikan ubat-ubat di simpan ikut cara penyimpanan yang betul.. Agar sentiasa selamat...(^^,).. sekian.....
nak tahu lebih lanjut sila ke:

http://klinikmediclassputrawalkserikembangan.blogspot.com/2012/07/cara-penyimpanan-ubat-yang-selamat.html



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Oct 13, 2012

Khas Buat Insan Di sana....





Bila duduk sorang-sorang sambil menikmakti deruan hujan di luar jendela… tiba-tiba hati ku meruntun rindu teringat  seseorang…Seseorang yang telah banyak mencoretkan kisah suka duka dalam kehidupan aku… Seseorang yang tlah bnyak mengajar kan ku erti sebuah kehidupan.. yang selama ini tidak ku ketahui.. Dimanakah dia? Bahagia kah dia? Sihat kah dia? Aku tidak tahu keadaan dia Di sana…Cuma apa yang ku mampu hanyalah sekalung doa sahaja yang aku dapat hadiahkan kpd dia… Aku berharap dia bahagia di sana walaupun dia tidak akan lagi kembali di sisi ku dan menemani ku seperti hari-hari dahulu…

>> khas buat insan disana.......






wasalam............



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Sep 28, 2012

CINTA ke TAK??


CINTA?? apa itu CINTA??ada apa dengan CINTA?? best sangat ke BERCINTA nie???
hissshh!!! knp la byk sangat persoalan tentang CINTA nie... kadang2 bila difikirkan buat kan kita jadi keliru..KELIRU dengan kehendak diri sendiri.. KELIRU dengan keputusan yang tlah kita buat..
adakah CINTA akan kekal dalam hati kita.. ataupun CINTA itu cuma sementara saja.. ia akan terbang pergi bila tak diperlukan lagi...apa makna C.I.N.T.A??

kadang-kadang diri ni terlalu lemah....terlalu lemah bila memikirkan tentang perasaan CINTA..
dalam hati kecil aku terlalu inginkan perasaan di CINTAI..di sayangi..
tetapi dalam masa yang sama aku benci dengan perasaan CINTA tu.. 
tapi aku juga tidak menafikan
memang lumrah dan fitrah manusia diciptakan berpasangan.. dan diberi perasaan itu... cuma samaada
kita pandai meghargai perasaan itu ataupun tidak...
CINTA itu betul-betul indah kalau someone curi ia dari kita dan menjaga nya dengan baik tanpa disakiti..
That's a true LOVE.. 



p/s : kenapa dengan aku nie...tibe2 jerr jiwa kacau skjapp.. i'm stress please help me dear.....

Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Jul 28, 2012

Menu Berbuka Puasa Hari Ini ( 7 Ramadhan 1433 hijrah)



Apa kabar.. entry kali nie nadia nak menceritakan desert berbuka puasa nadia n family pada hari nie... 
Nadia pun xtahu nie desert ke bukan..hehe..tapi ada aku kisah...(^^,)
Hari nie menu berbuka puasa simple jerr.... Ari nie my lovely Mom's masakkan ikan tongkol masak lemak belimbing... mihun goreng..telur bungkus.. n sayur sawi goreng...
hurmmmm yumm2!! simple tak?? memang simple... 

Tugas nadia hari nie..cuma memantau jer Master Chef rumah nie memasakkk.. hahahaha...
teruk tak??memang terukkan.. apa punya anak la nie kan... hehehe.. tapi nadia tolong juga tolong potong sayur, bawang n sediakan bahan-bahan yang diperlukan.... (^^,).. hehehe
Nadia bukan la tak tolong masak langsung tapi.. hari nie nadia buzy dok buat kuih nak jual kat bazar... hermm sampaikan xde masa nak rehat... so bila nak masak untuk juadah berbuka puasa mula la..terasa kepenatan nyerr....hehehe.. Sebut pasal jualan kuih kat bazar.. hermmm Alhamdulillah.. kuih yang di jual semalam laku juga.. cuma tinggal sikit-sikit jerr... mungkin rezeki du bulan Ramadhan nie.. Alhamdulillah...

Ehh.. termelencong tempat lain lak yerr... hehehe... bukan ke nak citerr sal desert bukak pose ke..
sory.sory.. hehehe... hari nie nadia berjimat cermat skit.. tak nak membazir di bulan ramadhan...
So td nadia ada buat lebihan kuih untuk di jual..untuk dijadikan santapan berbuka puasa....
yerr larr macam tak lengkap berbuka kalau xde kuih muih... tapi seelok nyerr kita makan apa yang ada jerr larr.. jangan membazir.. Cuma family nadia nie memang nak kene ada juga menu lain.. sebab after tarawih dorang mesti masuk dapur cari makanan...huuhuhuu... so sebab tu la nadia sediakan lebihan kuih yang di jual td untuk makan lepas berbuka.... Nak tau hari nie nadia buat apa hari nie nadia buat puding roti.. but nadia pun tak sure larr bingka or puding?? sebab mak nadia cakap bingka roti n my sister bgtahu puding roti... tapi nadia tengok bahan-bahan dia cam sama jerr... so panggil jerr la pe yang korang nak panggil.. asalkan rasanya sedap masuk dalam mulut...hehehehe (^^,).. itu yang penting bg nadia.. nama tak perlu dipersoalkan... hehe..

Ok kita teruskan dengan agenda hari nie.. nak tengok rupa puding roti nadia... jom-jom.. nadia bab mempromote kuih yang tak cantik buatan sendiri nie no 1.. tapi i xkisah u.. asalkan i hepi n i boleh masak..hahahaha..berlagak tuh!!!
Tengok tau jangan tak tengok..hehehe..


 
comel tak puding nie... cakap la comel... hehehe..macam tuan dia tak..hahaha.. (^_^)
resipi puding nadia ambil dari buku resipi..pastu nadia cedok2 dalam google.. tengok cara yang betul nak masak.. ye la den mana terer sangat...
 jom kita tengok lagi rupa puding nie....


haaaa... amacam terliur x... dalam puding nie nadia letak jagung sket.. saja nak bagi rasa perisa lain sket..(^^,)
tapi bukan puding jerr yang nadia buat... nadia ada buat telur bungkus juga.. tapi bukan untuk di jual...
telur bungkus nie untuk dihidangkan masa berbuka tadi...jom kita scroll lagi tengok gambar-gambar yang nadia snap petang tadi..


ni telur bungkus yang nadia wat tadi.. request dari my lovely Mom's.. sebab dah tak tahu nak masak apa hari nie.. hehehe..mak cakap dia kehabisan idea.. so nadia sediakan hidangan telur bungkus special untuk family kesayangan ku..hehehe


nie la hasil nyerr.... dalam nie nadia taruk daging ayam yang dicincangkan dengan kacang pis..memang sedap..
lau makan kat luar mahal.. baik buat sendiri..hehehehe.. (^^,)

so yang terakhir sekali gambar yang di snap adalah.. tart blueberry.... penyeri untuk entry kali nie..


yummy!!!..... banyak betul juadah hari nie.... (^_^)


tapi tart nie bukan nadia buat..hehehehe.. nadia tak berkemahiran lagi nak buat tart nie.. nanti nadia pg menutut ilmu..yerr.. (^^,).. tart nie staf ayh nadia yang bagi... rasanya pun sedap... tart blueberry nie memang favourite nadia... n nadia pun slalu g beli kat kedai jerr..hahahaha...

ok la... sampai sini jerr lah entry nadia kali nie... cam panjang sangat la plak....(^^,).. nanti jenuh pula nak membaca nyerr... 
tapi hari nie nadia tak tulis resipi.. cuma nak share gambar jer...
orite.. nadia pun da membebel panjang sangat nie.. nanti sahur esok lambat pula nak bangun... 
 
selamat malam.. n jangan lupa baca entry nadia yang tak seberapa nie...
byee.. selamat malam..



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Jul 26, 2012

Puding Pelangi ( 6 Ramadhan 1433 hijrah)




Hai semua... buat apa tu?? dah tarawih ke? camne hari nie hari ke 6 Ramadhan... harap semua masih segar yerr.. hehehe... hari nie Nadia masih meneruskan usaha nak menyiapkan kuih untuk jualan di bazar ramadan..
Alhamdulillah.. sepanjang 6 hari nie jualan kuih masih mendapat sambutan... tapi biasa la kadang2 xlaku juga... mungkin disebabkan terlalu byk pesaingan antara gerai-gerai disini...
 tapi nadia xpenah putus asa... hehehe.. walaupun trasa nak surrender nak buat kuih nie...
bukan sebab ape... kadang-kadang nadia sendiri xcukup tido... rasa masa cepat nyerr berlalu sampai ke petang...sampaikan kelam kabut nak menyiapkan kuih nie.. masa pula terhad... pukul 3.30 da kene antar kuih kat gerai...nasib baik nadia tak berniaga kat gerai..orang lain yang tolong jual kan.. kalau tak memang masak la keletihannn.. (+_+) 
hurmmm ok lahh.. hari nie nadia malas nak citerr sal jual2 kuih nie...

hari nie nadia nak citerr sal puding pelangi nadia..hikhikhik.... tengah sibuk-sibuk meyiapkan juadah bukak pose tibe-tibe baru nadia perasan yang hidangan yang mak masak xlengkap dengan pencuci mulut...fikir punya fikir.. nak hidangan yang senang dan cepat.. so nadia just buat puding pelangi simple jerr... xlar special..
tp sedap juga la untuk menikmati waktu berbuka pose nie....(^^,)

jomm kita scroll tengok puding pelangi nie...wlupun x secantik manerr...





yummmm!!! delicious...... xcantikkan... tapi sedap..hehehe.. nak gak ptomote tu.. (^^,)

meh sini nadia nak share resipi yang simple jerr... senang jerr nak buat.. xambil masa lama pun.. (^^,)

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar (12gm)
800 ml air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 sudu besar kastard
1 sudu besar butter
daun pandan

Cara-caranya :

1. Masakkan agar-agar,air dan daun pandan di atas dapur dengan api sederhana.
2. selepas agar-agar sudah larut dan tidak bertali masukkan gula
kacau lagi sehingga gula benar-benar larut..
3. masukkan butter dan kacau lagi sehingga cair dan sebati
3. Bancuhkan kastard dan susu. Selepas itu masukkan bancuhan itu tadi ke dalam larutan agar-agar.
kacau lagi sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih tutup api dan bahagikan bancuhan agar2 itu kepada 4 bahagian.
dan warnakan 4 bahagian bancuhan itu mengikut kegemaran masing2.
5. Masukkan bancuhan bewarna ke dalam acuan.. dan sejukkan didalam peti sejuk untuk di bekukan
6. Setelah beku, kelarkan permukaan agar-agar tadi dan tuangkan bancuhan warna lain ke dalam acuan dan sejukkan..
7. Ulangi langkah 5&6 selang seli ikut citarasa masing.. setelah siap sejukkan.. dan sedia dihidangkan..

amacam senang tak kalau nak buat.. bagi nadia senang jerr..
tak ambil masa yang lama pun... bahan dia pun senang dapat n murah...
 resipi ni nadia amik dari mak nadia.. dia yang ajar kat nadia cara-cara nak buat... klu x nadia pun xtau.. hehehe... Nadia bukan terer sangat buat kuih-muih nie... kene ada sifu yang ajarkan... (^^,)


siap dihidangkan... yumm..yummm.. nadia malas nak susun cantik2.. sebab dah nak masuk waktu berbuka..
tapi apa yang pasti puding nie..abis licin. dan dipuji oleh ayahanda tercinta...(^^,)

klu rasa nak.. cuberr la... senang jerr.. (^^,) xoxoxox.. mmuaahh!!
bye!!



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Jul 25, 2012

Warming Up Ramadhan... 5 Ramadhan 1433 Hijrah








>> Mari kita sama-sama sempurnakan Bulan Ramadhan ini....

Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Jul 21, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak..




Hai, semua..sedar x sedar dah masuk bulan ramadhan...sebelum mula berbicara nadia nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa...harap nadia xterlambat lagi.. (^^,) ..
 macam mana perjalanan berpuasa hari nie??
mungkin ramai yang sedikit keletihan... tapi x apa.. bukan selalu kita berada di bulan yang mulia ini.. setahun hanya sekali jadi mari lah kita perbanyakkan amalan kita di bulan ini... mudah-mudahan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang paling istimewa untuk semua umat islam di atas dunia ini...





Di sini nadia ada menyediakan sedikit amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan.. nadia cuma ingin berkongsi dengan semua apa yg sy tahu... nadia bukan lah seorang yg perfect semua... marilah kita ramai-ramai menjadi seorang muslim yang lebih baik dari tahun dulu...

Berikut adalah beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadan al-Mubarak ini .

1 . Keutamaan sahur dan mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar
2 . Segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka
3 . Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka .
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.

5. Bermurah hati dan banyak menderma .
6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran .
7. Memberi makan untuk berbuka puasa .
8. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
9. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan





>> Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh kesederhanaan... (^^,)xoxoxoxo



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Jul 11, 2012

Tart Nenas kesukaan ramai...





Moshi..moshi... halooo... hari nie mood nadia tersangat la baik...(^_^)
disebabkan punyerr lama la nadia tak update blog nie... so hari nie.. macam-macam perkara 
nak di updatekan.. xde koje kan...
 
hermmm hari nie nadia nak cite tentg tart nenas yang mjadi kesukaan ramai...
chewaaahhh!!!! mentang-mentang la hari raya lambat lagi..puasa pun lagi seminggu..
sibuk nak citerr sal kuih raya nie...hehehe..(^^,)

Tapi ada aku kisah!!! nie memang perkara wajib setiap kali nak sambut adilfitri dalam keluarga nadia..
tart nenas mesti ada... n kalau tempahan selalu nyerr kenalan yang dekat-dekat jerr yang tempah berbalang-balang...dan bagi setiap customer yg tetap pujian setiap tahun mesti tak penah lekang.. hehehe
setiap pujian n kritikan tu amat penting untuk memperbaiki semua sekali.. so I LIKE!!!

Bulan Ramadhan pun lagi seminggu... so dalam masa seminggu nie larr.. nak kene buat sample kuih raya..
dan sample yang paling penting adlah tart nenas..
Asal aku asyik citerr sal tart nenas jerr niehh??? xde kuih lain ke??
sebenar nyerr ada kuih lain yang dalam proses... tapi disebabkan kepala nadia di penuhi dengan kesedapan tart nenas..jadi nadia nak citerr sal tart nenas jerr lahhh..heheh (+_+)

apa yang sedap dengan tart nenas nie.. hurmmm yummy!!!! tart nie lau da masuk dalam mulut..
mudah nak ditelan...yummm!!tak terasa nak tercekik.. kadang-kadang tu lau nadia makan yang beli kt kedai.. tercekik2 nadia nak makan..hehehe (sorryy terkutuk)..
 
apa yang best tentang tart nie...!!! adalahh...
yang penting bukan buatan tangan nadia...hahahaha!!... yang pandai buat tart nenas nie 
just my mom n my sister...
ilmu buat tart nenas nie tak di peturun kan lagi kat nadia...(^^,)
mungkin one day nadia lak yang blaja cam ne bancuhan nyerr...hehehe. peace..

petang tadi nadia tengok-tengok jerr la..akak nadia buat bancuhan tart nie...
tak trasa nak menolong pun..hehe..jahatkan i nie...
bab makan n menghabiskan tart nie boleh larrr..hahaha...
 
ni antara tart yang dah siap di buat...nampak macam biasa tapi sedap..hehehe

 

 

kalau nak rasa..meh la datang raya kat rumah i nanti...hehe (^^,)

xoxoxo... jangan malu-malu..


Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Di hari Sukan Farisha




Salam.. hai pe kabar.. hari nie nadia nak update lg... hermm sementara dok saje-saje.. belek-belek
pe yang ada dlm laptop nie.. nadia teringat minggu lepas nadia attend hari sukan ank sdara nadia..
NurFarisha Hani...

Sukan nie berlangsung pada hari Ahad minggu lepas...di tepi pantai..
 jom la kita layan gambar2 yang ada...
(^^,)











    


    






    

bersama baby aqasha.. sangat comel.. geramm.. rasa nak cubit-cubit jerr pipi..

ok lah.. nadia nak chow dulu.. 

xoxoxo... mmmuahhh!!

>>p/s: doakan nadia berjumpa dengan jodoh yang baik... hehehe.. (gatal betul)

Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Kecewa Kerana Cinta??





Di pagi yang indah ini, nadia nak mengupdetkan blog nadia yang tlah lama ditinggalkan...
korunk semua penah dikecewakan??ditinggalkan??
mesti pernah kan?? terutama sekali dengan pasangan kekasih...
tetapi sesiapa yang tak pernah menghadapi perasaan kecewa nie ALHAMDULILLAH...
moga-moga anda semua dilindungi oleh Allah s.w.t.

Hurmmm kenapa pagi-pagi nie nadia nak sentuh bab-bab kecewa nie...(musykil!!!)
Adakah Nadia sedang mengalami kekecewaan jugak???
perkara tu tak dinafikan juga.... nadia pun penah kecewa.... ok lahh!!
panjang pulak nadia bukak mukadimah nie.... kat sini.. nadia nak bagi..
beberapa tips untuk seorang yang sedang mengalami kekecewaan... tapi sebelum tu..
 thankzz to Ayat Ayat Cinta
telah memberi nadia tips nie.... so nadia nk share lah dengan semua kat sini...



5 Tips Untuk Yang Kecewa
1. Ingat Allah masih ada untuk kita
Bila kita ditinggalkan, usahla merasa dunia ini berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yg kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.

Perbanykkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah sekuatnya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran.InsyAllah hati akan jadi lebih tenang.

2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari
Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, memasak, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.

3. Menulis Blog
Menulis blog kini sudah menjadi satu ‘trend’ dikalangan belia dan penggemar internet. Ramai di antara penulis blog yang lebih telus ketika menulis entri di blog mereka. Mungkin juga kebanyakan penulis blog yang lebih suka untuk merahsiakan identiti diri yang menjadi faktor utama untuk menjadi lebih ‘transparent’ semasa menulis. Cara ini sangat berkesan untuk kita meluahkan perasaan kita kepada orang lain secara tidak langsung. Mungkin sesetengah orang berasa malu atau lebih suka untuk memendam rasa daripada bercerita pada rakan terdekat mereka. Jika perasaan itu ada, menulis blog adalah cara yang paling baik untuk anda mengurangkan perasaan yang terpendam di dalam hati. Percayalah..perasaan akan menjadi lega bila kita meluahkan apa yang di rasa.

4. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia
Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.

5. Berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina
Cara ini mungkin agak negative bagi sesetengah orang, tapi secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk tidak terus mengingati si dia yang telah mengecewakan kita. Siapa tahu jika ada antara mereka itu jodoh yang dijanjikan Allah. Namun, haruslah menjaga batasan hubungan yer. 



bagi nadia tips-tips diatas amat berguna untuk kegunaan semua...ingat lah kepada NYA... kerana hanya lah padaNYA tempat kita mengadu kelemahan diri kita...Allah sentiasa berada di disisi kita ketika kita berada didalam apa jua kesusahan...so jom la kita amalkan 5 tips nie..
mudah-mudahan kita mendapat jadi yang terbaik dari sebelum nie...
 

xoxoxo...(^_*) mmmuahhhh
selamat malam...



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Jul 10, 2012

Oreo Cheese Cake



Halo..halo... pe kabar?? sihat tak semua... hurmmm dah lama nadia tak update blog nie...
dah bersawang-sawang... 
tapi tak pe..sawang-sawang dalam blog nie da clear nadia buangkan.. (^^,)
sempena nak menyambut bulan ramadhan tak lama lagi.. nadia tetibe terasa nak memasak..
biasa la..da lama nadia tak masak nie..hihihihi
Baru-baru nie..nadia de buat oreo chese cake..
yang nie percubaan kedua nadia...

rasa oreo chese cake nie..tak tau larr sedap ke tak kan... tapi bagi nadia memang la sedap
sebab nadia yang buat..hehehe (*-^)

ok lah hari nie nadia nak kongsikan resipi... resipi ni bukan idea asal nadia... nadia pun korek-korek buku masakan mak nadia... so ternampak resipi nie cam sedap.. n teringin nak mencuba..
 sape nak angkat tangan n kaki tinggi-tinggi (>_<).. lau dah angkat.. scroll ke bawah.. hehehe...


Bahan Dasar :-

300 gm biskut oreo - di buang krimnya
75 gm mentega cair

Bahan Filling :-

500gm chese cream ( Philladephia chese)
110 gula kastor
1/2 sudu besar esen vanila
2 biji telur
150 ml whiping cream
1 sudu besar juice lemon
2o keping biskut oreo- di buang krim nyerr ( dipatahkan kepada 4)

Cara - cara :-

1. Dasar kek : Cairkan mentega dengan menggunakan kaedah double boiler...Kisar halus biskut oreo (guna blender or ape2 jerr asalkan ia hancur) dan  gaul dengan mentega cair...selepas itu tekan padat ke dalam loyang. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.. ( kalau xnak bakar letak dalam peti ais pun leh jga.)
2. Filling : Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu... diikuti dengan whiping cream dan jus lemon.. Putar hingga sebati.
3. Masukkan biskut oreo, gaul rata
4. Tuangkan adunan chese oreo itu tadi kedalam loyang.. tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
5. Bakar pada suhu 150c secara water bath selama 45-50 minit . Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan sejuk didalamnya selama 1 jam.
6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutp dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau seeloknyer semalaman (^^,)
7. Keluarkan kek dari acuan dan hias ikut suka hati korang...





hurmmmm n yummy!! ini lah rupa oreo chese cake nadia... rasa nyerrr sodap sangat2.. bagi penggemar cheese cake boleh la buat sendiri.. >_<

>> actually banyak lagi resipi yang nadia test buat... nanti de masa n rezeki nadia update blog nadia yerr..

p/s: doa-doakan nadia jadi seorang jururawat yang berjaya yerr...amin..(^^,)





Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

May 5, 2012

Mutiara Kata 5/05/2012


 


(^^,) xoxo...

Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...