Bahan-Bahan yang diperlukan adalah: 4 sudu gula- nak buat gula hangus. 4 biji telur 5 keping roti - dikoyak kecik-kecik 1 cawan susu cair 1 cawan air 1/2 cawan gula pasir- (ikut korang nak manis macam mana...) esen vanila
Cara-cara nyerr pula : 1. Untuk gula hangus - 4 sudu gula itu tadi dimasak atas dapur sampai wane nyerr kekuningan/keperangan.. selepas itu tutup api dan masukkan sedikit air dan kacau sampai sejuk. 2. Selepas itu pukul telur kuning dan esen vanila sampai rata shj.. 3. Campurkan 1 cawan susu cair, air dan gula..selepas itu pukul sampai rata.. 4. Masukkan roti yang telak dikoyakkan kecik tadi kedalam bancuhan susu tadi. pukul lagi sampai roti itu agak hancur... 5. Masukkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam bancuhan tadi..dan pukul lagi sampai rata. 6. akhir sekali tuangkan adunan itu tadi ke dalam bekas yang berisi gula hangus tadi.. dan kukus selama 15-20 minit..
Tips-tips membuat puding karamel :
1. kalau tak nak bagi rasa hanyir..korang kene buangkan tali pusat telur... tau tak tali pusat yang mana?? k pada sesiapa yang tak tau... tali pusat telur kalau korang semua perasan yang wane putih tu..so korang buangkan tali pusat tu baru puding korang xde rasa hanyir..
2. kalau korang da siap bancuhan telur tadi..korang kene tapis dulu...
3. buangkan sedikit buih pada permukaan bancuhan tadi... untuk bagi permukaan nampak cantik sikit...xde la nnti berkerutu..hikhikhik
4. Bila puding tu da sejuk baru la korang terlangkupkan dan letak dalam peti ais.. bila da sejuk baru sedap di makan... yummmy..
>> oritee..kalau nak resipi yang lain lagi dari nadia..leh la tgok entry nadia yang lain..
tapi kene cuba buat yang nie dulu... baru korang rasa nak ambil resipi nie..
hihihii...(^^,)
kalau rasa sedap jangan lupa bagi tahu nadia yerr....
mmuakkkksss..
No comments:
Post a Comment