Pages

Jul 10, 2012

Oreo Cheese Cake



Halo..halo... pe kabar?? sihat tak semua... hurmmm dah lama nadia tak update blog nie...
dah bersawang-sawang... 
tapi tak pe..sawang-sawang dalam blog nie da clear nadia buangkan.. (^^,)
sempena nak menyambut bulan ramadhan tak lama lagi.. nadia tetibe terasa nak memasak..
biasa la..da lama nadia tak masak nie..hihihihi
Baru-baru nie..nadia de buat oreo chese cake..
yang nie percubaan kedua nadia...

rasa oreo chese cake nie..tak tau larr sedap ke tak kan... tapi bagi nadia memang la sedap
sebab nadia yang buat..hehehe (*-^)

ok lah hari nie nadia nak kongsikan resipi... resipi ni bukan idea asal nadia... nadia pun korek-korek buku masakan mak nadia... so ternampak resipi nie cam sedap.. n teringin nak mencuba..
 sape nak angkat tangan n kaki tinggi-tinggi (>_<).. lau dah angkat.. scroll ke bawah.. hehehe...


Bahan Dasar :-

300 gm biskut oreo - di buang krimnya
75 gm mentega cair

Bahan Filling :-

500gm chese cream ( Philladephia chese)
110 gula kastor
1/2 sudu besar esen vanila
2 biji telur
150 ml whiping cream
1 sudu besar juice lemon
2o keping biskut oreo- di buang krim nyerr ( dipatahkan kepada 4)

Cara - cara :-

1. Dasar kek : Cairkan mentega dengan menggunakan kaedah double boiler...Kisar halus biskut oreo (guna blender or ape2 jerr asalkan ia hancur) dan  gaul dengan mentega cair...selepas itu tekan padat ke dalam loyang. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.. ( kalau xnak bakar letak dalam peti ais pun leh jga.)
2. Filling : Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu... diikuti dengan whiping cream dan jus lemon.. Putar hingga sebati.
3. Masukkan biskut oreo, gaul rata
4. Tuangkan adunan chese oreo itu tadi kedalam loyang.. tuangkan kesemuanya ke atas dasar biskut tadi.
5. Bakar pada suhu 150c secara water bath selama 45-50 minit . Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan sejuk didalamnya selama 1 jam.
6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutp dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau seeloknyer semalaman (^^,)
7. Keluarkan kek dari acuan dan hias ikut suka hati korang...





hurmmmm n yummy!! ini lah rupa oreo chese cake nadia... rasa nyerrr sodap sangat2.. bagi penggemar cheese cake boleh la buat sendiri.. >_<

>> actually banyak lagi resipi yang nadia test buat... nanti de masa n rezeki nadia update blog nadia yerr..

p/s: doa-doakan nadia jadi seorang jururawat yang berjaya yerr...amin..(^^,)





Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...