Pages

Jul 26, 2012

Puding Pelangi ( 6 Ramadhan 1433 hijrah)




Hai semua... buat apa tu?? dah tarawih ke? camne hari nie hari ke 6 Ramadhan... harap semua masih segar yerr.. hehehe... hari nie Nadia masih meneruskan usaha nak menyiapkan kuih untuk jualan di bazar ramadan..
Alhamdulillah.. sepanjang 6 hari nie jualan kuih masih mendapat sambutan... tapi biasa la kadang2 xlaku juga... mungkin disebabkan terlalu byk pesaingan antara gerai-gerai disini...
 tapi nadia xpenah putus asa... hehehe.. walaupun trasa nak surrender nak buat kuih nie...
bukan sebab ape... kadang-kadang nadia sendiri xcukup tido... rasa masa cepat nyerr berlalu sampai ke petang...sampaikan kelam kabut nak menyiapkan kuih nie.. masa pula terhad... pukul 3.30 da kene antar kuih kat gerai...nasib baik nadia tak berniaga kat gerai..orang lain yang tolong jual kan.. kalau tak memang masak la keletihannn.. (+_+) 
hurmmm ok lahh.. hari nie nadia malas nak citerr sal jual2 kuih nie...

hari nie nadia nak citerr sal puding pelangi nadia..hikhikhik.... tengah sibuk-sibuk meyiapkan juadah bukak pose tibe-tibe baru nadia perasan yang hidangan yang mak masak xlengkap dengan pencuci mulut...fikir punya fikir.. nak hidangan yang senang dan cepat.. so nadia just buat puding pelangi simple jerr... xlar special..
tp sedap juga la untuk menikmati waktu berbuka pose nie....(^^,)

jomm kita scroll tengok puding pelangi nie...wlupun x secantik manerr...





yummmm!!! delicious...... xcantikkan... tapi sedap..hehehe.. nak gak ptomote tu.. (^^,)

meh sini nadia nak share resipi yang simple jerr... senang jerr nak buat.. xambil masa lama pun.. (^^,)

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar (12gm)
800 ml air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 sudu besar kastard
1 sudu besar butter
daun pandan

Cara-caranya :

1. Masakkan agar-agar,air dan daun pandan di atas dapur dengan api sederhana.
2. selepas agar-agar sudah larut dan tidak bertali masukkan gula
kacau lagi sehingga gula benar-benar larut..
3. masukkan butter dan kacau lagi sehingga cair dan sebati
3. Bancuhkan kastard dan susu. Selepas itu masukkan bancuhan itu tadi ke dalam larutan agar-agar.
kacau lagi sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih tutup api dan bahagikan bancuhan agar2 itu kepada 4 bahagian.
dan warnakan 4 bahagian bancuhan itu mengikut kegemaran masing2.
5. Masukkan bancuhan bewarna ke dalam acuan.. dan sejukkan didalam peti sejuk untuk di bekukan
6. Setelah beku, kelarkan permukaan agar-agar tadi dan tuangkan bancuhan warna lain ke dalam acuan dan sejukkan..
7. Ulangi langkah 5&6 selang seli ikut citarasa masing.. setelah siap sejukkan.. dan sedia dihidangkan..

amacam senang tak kalau nak buat.. bagi nadia senang jerr..
tak ambil masa yang lama pun... bahan dia pun senang dapat n murah...
 resipi ni nadia amik dari mak nadia.. dia yang ajar kat nadia cara-cara nak buat... klu x nadia pun xtau.. hehehe... Nadia bukan terer sangat buat kuih-muih nie... kene ada sifu yang ajarkan... (^^,)


siap dihidangkan... yumm..yummm.. nadia malas nak susun cantik2.. sebab dah nak masuk waktu berbuka..
tapi apa yang pasti puding nie..abis licin. dan dipuji oleh ayahanda tercinta...(^^,)

klu rasa nak.. cuberr la... senang jerr.. (^^,) xoxoxox.. mmuaahh!!
bye!!



Dah baca Jangan Lupa LIKE yerr!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...